Aku perlu macam ni kan?

Assalamualaikum.

Currently listen : Wonderful World - Zain Bikha and Dawud Whanrsby Ali

.

Okay. Aku nak tulis. Tak kisah aku cuma mahu tulis. Aku nak tulis apa yang aku ingin tulis. Tolong, aku betul-betul nak tulis. Tolong aku. Aku sedar bukan sekadar menulis. Aku perlu tahu dan perlu berterusan. Aku malas. Tulisan aku tulisan yang mengalir dari otak ke jari. 

Mungkin ini lah yang hangat diperkatakan media. Hangat dikaji oleh diri sendiri. Boleh tak aku nak cakap yang aku ni sangatlah bermasalah? Ya, aku baru sedar. Keyakinan aku senang dirobek. Macam mana aku nak dapatkan gam yang sebetul-betulnya boleh memperkukuhkannya?

Ketenangan yang aku kejar, yang mana satu? Persoalan yang belum terjawab. Persoalan yang bertubi-tubi dan tiada siapa berani memberi jawapan. Tercari-cari dan untuk senang difahami, pilihan antara hidup dan mati. Aku lapar, aku dahaga dan aku memerlukannya. 

Aku nak jadi biru kehibaan, hijau kedamaian, merah keutuhan, kuning kesanggupan dan putih keseluruhan. Aku bukannya colour pencils yang boleh dibeli walaupun warnaku seakan murah dan senang pudar. Warna sesuatu gambar akan terhasil setelah segala idea sudah disalut pasti.

Pilihan antara hidup dan mati. Pilih tetap pilih. Kalau diberi peluang, aku ingin senaraikan segala persoalan yang tiada jawapan. Pilihan antara hidup dan mati, ada pandangan yang aku sendiri keliru dan terus memerhati. Kesabaran aku untuk berjalan akan terus dinanti-nantikan berharap ketika itu tidak berulang lagi.

.

Ketenangan ini yang aku cari. Hanya aku yang tahu dan hanya aku yang berbicara. Mencari jawapan yang tiada jumpa. Masalah, sudah pasti tidak pernah lekang dalam dada. Kusut hilang, sementara kahidupan masih ada.